Tuesday 17 March 2015

KATA ADJEKTIF PANCAINDERA

Sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau dan rasa.

CONTOH:

1. COMEL - Anjing itu sungguh comel.


2. MERDU - Suara penyanyi itu sangat merdu sekali.


3. HARUM - Bunga itu harum baunya.


4. PAHIT - Adik terpaksa menelan ubat yang pahit itu.


KATA ADJEKTIF PERASAAN

Perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian konsep perasaan.

CONTOH:

1. TAKUT - Dia berasa takut apabila melihat anjing liar itu.


2. MALU - Saya berasa malu kerana dimarahi cikgu.


3. SAYANG - Ibu saya sangat sayang akan saya.


4. MARAH - Cikgu itu sangat marah dengan murid yang nakal itu.


KATA ADJEKTIF CARA

Sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam.

CONTOH:

1. LAJU - Kereta itu memecut dengan laju sekali.


2. CERMAT - Dia menjawab soalan peperiksaan dengan cermat.


3. DERAS - Air sungai mengalir dengan deras selepas hujan.


4. LAMBAT - Dia berjalan dengan lambat.


KATA ADJEKTIF JARAK

Sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi makna konsep ruang.

CONTOH:

1. NYARIS - Dia nyaris dilanggar kereta pagi tadi.


2. DEKAT - Tempat duduk saya dekat dengan kawan baik saya.


3. HAMPIR - Adik hampir terlupa menyiapkan kerja sekolah.


4. JAUH - Rumah dia terletak jauh dari sekolah.


KATA ADJEKTIF WAKTU

Sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian konsep masa.

CONTOH:

1. AWAL - Dia datang awal ke sekolah hari ini.


2. DAHULU - Saya menanggalkan kasut dahulu sebelum masuk.


3. LEWAT - Adik dimarahi ibu kerana bangun lewat.


4. BAHARU - Baju baharu itu dibeli oleh emak.


KATA ADJEKTIF BENTUK

Sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi maksud rupa bentuk.

CONTOH:

1. BULAT - Bentuk bumi kita adalah bulat.


2. TAJAM - Berhati-hatilah menggunakan pisau yang tajam itu.


3. BUJUR - Telur ayam berbentuk bujur.


4. LURUS - Jalan lurus itu menuju ke rumah nenek.


KATA ADJEKTIF UKURAN

Sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian ukuran.

CONTOH:

1. PENDEK - Pensil saya sangat pendek.



2. GEMUK - Rakan saya berbadan gemuk.



3. TINGGI - Bangunan itu sangat tinggi sekali.



4. TEBAL - Buku tebal itu kepunyaan saya.